Pengangkutan Awam KL

Bas Tong Fong

Mula berhijarah ke Kuala Lumpur pada tahun 1976 semasa mula pengajian Matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah Cheras. Pada masa itu hanya menggunakan Bas Tong Fong 106 dari Cheras ke Kota Raya pada hujung Minggu.

Bas SRI JAYA

Kemudian 1977 – 1981 banyak menggunakan Bas Sri Jaya 271 dari Seksyen 17 menuju ke Kampus UKM Jln Pantai dan ke Bas Stand Klang di Central Market untuk membeli belah di KL. Keadaan jalan sesak pada awal pagi waktu masuk pejabat. Banyak kali, lebih cepat berjalan kaki ke Kampus melalui Jln Universiti masuk ke Kampus UM dalam cuaca pagi yang dingin.

Bas Mini

PerkhiDmatan Bas Mini bermula pada tahun 1979. Model awal Bas Mini Mazda Van dengan bumbung rendah. Penumpang yang tinggi lebih 5kaki 4 inci akan terpaksa menunduk kepala sepanjang perjalanan. 1980an baru ada Model Bas Mini BMW yang tinggi. Tidak lagi perlu menunjukkan kepala. Tapi tetap padat macam sadin. Pemandu Bas Mini orang yang paling berani. Memotong dan mencelah diantara kenderaan dlm jalan yang sesak. Demi mencari rezeki lebih dari komisen jualan tiket.

Bas SUM/ FOH HUP

1982 telah berpindah ke Kajang. Menggunakan Bas SUM untuk ke Kampus UKM Bangi. Setiap pagi dari Kg Jambu, berjalan kaki ke Stesyen Bas SUM belakang pasar basah. Kena melalui 2 pintu pagar KTM. Kalau Lambat terpaksa menunggu keretapi melintas dahulu.

Untuk ke Kuala Lumpur menaiki Bas 572/574 BAS Foh Hup dari Jalan Sulaiman KAjang ke Pudu Raya. Pemandu Bas Foh Hup sama macam pemandu Bas Mini. Bawa sgt Laju melalui jalan lama Kajang-Cheras yang banyak gerai jualan Jagung Bakar.

Bas Len Seng

1985 telah berpindah ke Setapak Garden KL. Kadang kadang menaiki BAS Len Seng dari Lebuh Ampang ke Setapak Garden melalui Chow Kit – Jln Pahang – Jln Gombak.

KTM Komuter

1991 KTM memulakan Perkhidmatan Komuter dari Seremban-KL dan dari Batu Cave – Pelabuhan Klang. Pada tempoh percubaan, menaiki Koc KTM Komuter ke Pelabuhan Klang bawa Anak Isteri. Perjalanan 80kmj sangat perlahan melalui RTM, Taman Medan, Batu 3, Sek 19, Padang Jawa dll Stesyen. Rekabentuk Koc tidak sesuai utk negara cuaca panas. Angin tidak masuk ke ruang penumpang.

LRT Gombak/Kelana Jaya / Sentul – Sri Petaling / Ampang

1996 Bermula Era Tren LRT dari Gombak ke Kelana Jaya. dan dari Sentul ke Sri Petaling/ ke Ampang. Sekembali dari berkursus di Okinawa Jepun telah mencuba selama 3 bulan untuk pergi Pejabat di PTM UKM Bangi menaiki LRT dari Terminal Gombak – Masjid Jamek. Kemudian tukar ke LRT Masjid Jamek – Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan, tukar ke KTM Komuter Bandar Tasik Selatan – UKM Bangi. Di KTM UKM ada Bas UKM menunggu pelajar / pekerja untuk masuk ke kampus. Jadual Transit LRT/ KTM Komuter beza 30 minit menjadikan perjalanan mengambil masa 3jam baru sampai di pejabat jam 9.30 pagi

Integrasi LRT – MRT – Monorail – MyRapid Bas

Pada masa ini kemudahan Pengangkutan Awam Lembah Klang semakin baik dengan integrasi antara Sistem Rangkaian Bas myRapidKL, LRT 1, 2, 3, Mrt Sg Buloh Kajang / Mrt Sg Buloh Putrajaya.

Sejak 2019 Pindah Rumah di belakang ada Hentian Bas myRapid T450. Setakat ini telah menggunakan sepenuhnya sejak 2018 bagi perjalanan berikut:

  • T450 – MRT Std Kajang – LRT Pasar Seni – LRT Wangsa Maju – Ofis Koperasi
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Titiwangsa – Monorail Chow Kit – HKL/Kampus UKM
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Ampang – LRT Ampang – LRT Gombak – Genting Highland
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT Semantan – Wisma SKM Jln Semantan
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT Semantan – T410 – Plaza Mont Kiara
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Sg Buloh – T155 – Kota Puteri/ Kilang Miresco
  • Kundang Industrial Park -T154 – MRT Sg Buloh – Pekan Kuang – MRT Sg Buloh-MRT Std Kjg
  • T450 – MRT Std Kajang – LRT Pasar Seni – LRT Taman Jaya – T640 – IKMA PJ
  • T450 – MRT std Kajang – MRT TDDI – Menara IBM Plaza
  • T450 – MRT std Kajang – MRT Mutiara – IKANO/IKEA
  • T450 – MRT Std Kajang – LRT Maluri – LRT Cempaka – AJ03 – Menara MPAJ
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT Bt 11 Cheras – 590 – KTM Serdang – Ofis KUMB
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Chow Lin – T419 – Razak Mansion – ofis Dakota Realtor
  • T450 – MRT Std Kajang – LRT USJ 7 – BRT Setia Jaya – Leisure Commerce Square
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Serdang Jaya Selatan – South City Plaza
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Sg Buloh – KS02 – Paya Jaras/Kubu Gajah
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Damansara Damai – T103 – Prima Damansara
  • Prima Damansara – PJ06 – One Utama Plaza.
  • T450 – MRT Std Kajang – KJ01 – Hential Kajang Sentral
  • T450 – MRT Std Kajang – LRT Plaza Rakyat – T421 – Taman Nirwana – Wisam DNA Global
  • T450 – MRT Std Kajang – MRT TRX – MRT Putrajaya- P108 – P103 – Presint 14 – HZL Office
  • T450 – MRT Std Kajang – LRT Pasar Seni – LRT KL Sentral – WORQ KL Sentral
  • MRT Sg Jernih – MRT TRX – MRT Sg Buloh – KS02 – Lotus Puncak Alam – Rumah Suhana