1958-1963 – Awal Kehidupan

Ingatan Paling awal ialah semasa Kematian Datuk pd 1960, di mana saya yang memang manja dengan Arwah Tok Mahmud kerana Ayah Ibu tinggal di rumah Pusaka di Kg Wadi Hassan sejak 1960-1963. Semasa itu Ayah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai Ahli Muzik dalam Kumpulan Muzik Melayu Asli. Boleh Menanyi dan dan bermain Alat Muzik seperti Arkodian, Tumpet, Klarinet. Bakat seni Ayah ini ada diwariskan kepada Abang saya yang sulong bergait dalam kumpulan muzik dan juga anaknya Hadi yang pastu ketika menganggotai kumpulan muzik Hindie “Laila Lounge”.

Ayah juga belajar seni Silap Mata dengan Ahli Silap Mata Terkenal Johor S.A. Bakar. 1963 telah mengadakan persembahan di TV Singapura. Saya dibawa sebagai pembantu dalam beberapa persembahan tersebut.

Kehidupan pada masa itu agak aman, di mana pada sebelah malam Ayah Ibu akan membawa saya 2 beradik menonton filem di Panggung wayang di jalan besar Kg Wadi Hassan.

Masjid Wadi Hassan juga sangat terkenal dengan Bubur Lambuk semasa bulan Ramadhan. Kami akan beratur panjang untuk mendapatkan Bubur Lambuk untuk bebuka puasa.

Di Jalan Besar menuju ke Bandar Johor Bahru deretan gerai jualan makanan dan pakaian dengan lampu neon menerangi malam.

Salah satu gerai merupakan Gerai Pak Hasan Penjual Sate. 1963 merupakan tahun paling awal merasa sate yang enak sedekah Pak Hasan pada hujung malam.

pada 1963, ayah telah berpindah menyewa bilik di bawah rumah Pak Hakim. Rumah ini hanya terletak di seberang jalan Rumah Pusaka Keluarga Atuk Mahmud kerana kami telah bertambah 4 beradik dan Keluarga Wak Don dan Chu Gayah pon dah bertambah 3 beradik. Rumah Pusaka semakin sesak.

Ibu mula membuat kueh untuk jualan di kawasan kilang di Tasik Utara berhampiran Sekolah SSI. Aku mengikuti ibu setiap pagi untuk berjualan kuih sekitar kawasan perumahan Jalan Abd Rahman Andak.

Ibu juga membuat pelbagai kerja seperti sebagai pembantu rumah tauke di Strait View depan Pantai Lido.

Pada hujung 1963, ayah dan ibu memulakan kerja sebagai buruh kontrak bina rumah kedai kebetulan di belakang rumah sewa kami. Saya melihat kepayahan ayah dan ibu bekerja sebagai buruh binaan. Mengangkat batu bata, membancuh simen dan lain lain kerja.

Walaupon kehidupan keluarga bukan lah sangat senang, sebagai kanak-kanak usia 5 tahun, saya sangat senang dengan kawan kawan di perkampungan tempat tinggal. Hari Raya sangat meriah dengan main bunga api. Dan Ayah memilik koleksi filem dan alat projektor untuk kami melihat filem komidi Charlie Chaplin dan juga Filem Bomb Atom Hiroshima dan Nagasaki sebagai pengalaman mengenai peperangan dunia kedua.