MRT Kajang-MRT Pasar Seni
Mengimbau sepanjang jalan menaiki Tren MRT Kajang menuju ke MRT Pasar Seni banyk cerita setiap stesyen yang boleh dicatatkan sebagai sebuah memoir.
MRT KAJANG – Disini dulu merupakan Stesyen KTM kemudian dinaik taraf menjadi stesyen Komuter KTM. 1980an pada mula bekerja di UKM, Stesyen KTM menjadi tempat memulakan perjalanan tren Senandung Malam balik ke JB kampung halaman ku. Stesyen KTM Kajang unit kerana ianya landasan tidak lurus. Melengkung sehingga kita tidak nampak bahagian kepala keretapi semasa berada di gerabak paling hujung. Terdapat beberapa pintu/gate lintasan keretapi. Salah satu adalah di depan Panggung Wayang REX/LIDO.
MRT STADIUM KAJANG – Di sini tersergam indah Bangunan Dato Zainal. Di sini tempat aku berdaftar belajar untuk mendapat lesen kenderaan pada tahun 1982. Juga di dalam terdapat kedai gunting rambut yang mengunting rambut sebelum hari pernikahan pada 31 Dis 1983. Kini bangunan ini lebih dikenali sebagai Bangunan Sate Samuri Kajang yang dikunjungi pelbagai pelanggan dan pelancong.

Di seberang sungai terdapat Taman Kampung Jambu, tempat letaknya rumah sewa pertama semasa mula berkhidmat di UKM pada sekitar bulan 6 1982. Aku duduk bersama beberapa staf PTM UKM, Rosli Omar & Fendi. Setiap pagi akan berjalan kaki menujuk ke Stesyen SUM Bas Kajang untuk ke UKM.

Jika hendak ke KL perlu menaiki bas Fo Hup 572 di Jalan Sulaiman Kajang. Di sini terdapat Medan Sate disebelahnya dan di deretaan kedai ada Klinik NG yang merupakan klinik panel UKM.

JALAN CHERAS -KAJANG
Bergerak dari Kajang akan melalui Stesyen Sg Jernih – Bukit Dukong – Bt 11 Cheras – Bandar Tun Hussien Onn – Sri Raya – Taman Suntex – Taman Conought. Ianya melingkari Jalan Cheras- Kajang dan juga Lebuh Raya Grand Saga yang baru.
Dahulu Jalan Cheras-Kajang ini merupakan laluan utama N1 – KL-CHERAS-KAJANG-SEMENYIH-MANTIN-SEREMBAN. Sepanjang jalan ini ada Gerai jualan Jagung Bakar, Kuih Bakar, Satar dll. Laluan 2 lorong ini agak sempit penuh dengan kayu api utk tujuan digunakan membakar /merebus jagung, kuih dll. Akan melalui Pekan Bt 9 Cheras yang berliku dan sesak.
JALAN PUDU-CHERAS.
Melepas Stesyen Taman Conought akan ke Stesyen Taman Mutiara. Sebenarnya dulu lebih dikenali dengan Taman Leisure dan ada Leisure Mall. Pernah menziarah rumah Lai Ju Lian dan Suaminya Abang Chuan yang merupakan jiran sebelah rumah di Setapak Garden.
Selepas itu Stesyen Taman Midah dan Taman Pertama. Di sini merupakan terletak laluan ke Sekolah Alam Shah dan juga Hospital UKM. Menjadi kenangan pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1976. Bersekolah di Sekolah Alam Shah. Akan berjalan kaki ke Jalan Pudu-Cheras untuk menaiki bas Tong Fong 106 ke Jalan Silang pada hujung minggu. Tempat menunggu betul betul depan Stesyen MRT Taman Pertama. Dahulu ada kedai Apek tuan yang mengukir batu nisan orang Islam dengan tulisan Arab. Ini kerana di depan Jalan Pudu Cheras ini ada Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.
Juga menjadi nostalgia semasa terlibat dengan Projek Pembangunan Hospital UKM 1992-1995. Tapak Hospital UKM terletak di depan Stadium Kuala Lumpur. Terlibat dalam rekabentuk Hospital dan Sistem Rangkaian Komputer dan Sistem Maklumat Hospital. Tapi pada 1995 bila hampir siap HUKM, saya telah berpindah semula utk bertugas di Pusat Komputer UKM Bangi sebagai Pengurus Bhg Operasi, meninggalkan rakan rakan Pusat Komputer Cabang Perubatan meneruskan kerja kerja akhir pembukaan Hospital UKM pada tahu 1996.
JALAN PUDU KE PASAR SENI
Laluan berikut MRT MALURI – COCHRANE- TRX – BUKIT BINTANG- MERDEKA- PASAR SENI.
Stesyen Maluri menjadi hentian untuk ke Wisma Marlis pada tahun 2021-2023. Menaiki Bas T400 ke Bandar Tun Razak dan berhenti di Kampung Congo. Penempatan rumah bekas pejuang negara yang dihantar ke Congo. Dulu mereka ramai tinggal di kawasan setinggan depan Sek Alam Shah/ Sebelah Maktab Teknik. Akhir mereka di kurniakan sebuah rumah teres kos rendah dengan lorong 10kaki yang sangat sempit. Kesan nya hingga kita penempatan ini menghadapi masalah kesesakan jalan bila Bas MyRAPID memasuki kawasan perumahan.
Seterusnya COCHARANE – dulu ianya merupakan deretan rumah kuartes kerajaan. Salah seorang penghuni rumah ini ialah Arwah Pak Jamaan/Pak Mok / Pak Sedar sebelah ayah mertua Hj Abu. Kerap ke rumah Arwah Pak Mok semasa musim perayaan. Di belakang terdapat Wisma IPB di Jalan Jejaka dan Taman Maluri yang menjadi Kampus Sementara KUIM pada tahun 2000-2001.
Setrusanya TRX – BUKIT BINTANG
Stesyen menjadi tumpuan bisnes dengan pusat beli belah. Bukit Bintang dengan PAVILLION/LOT 10 / Sungei Wang/ Imbi Plaza / Berjaya Time Square. Menjadi tumpuan pelancong. Telah dibuka lebih awal. Saya lebih kerap ke Sungei Wang – Imbi Plaza pada 1990an sebelum Low Yat dibuka. PAda masa itu banyk membeli komponen komputer untuk dijual.
TRX baru sahaja dibuka pada 2024. Merupakan mercu tanda ke 3 selepas Menara KL, KLCC. Menara setinggi 108 tingkat, dikelilingi 10 kompleks perniagaan dan kewangan.
MERDEKA- PASAR SENI
Stesyen Merdeka merupakan stesyen paling hampir dengan Stadium Merdeka, Tapak Laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abd Rahman Al Haj. Menjadi lambang sejarah negara.
Sebelah Stadium Merdeka terdapat Stadium Negara dan Stadium Chin Ho. Ketiga tiga dikekalkan. Stadium Merdeka dikembali kepada bentuk asal pada 1957. Stadium Merdeka menjadi tempat perlawanan bola sepak Pesta Bola Merdeka. Menjadi tempat aku menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia – Jepun / Malaysia -Burma / Malaysia – Singapura / Malaysia – Thailand dll . Juga perlawaan Piala Malaysia antara Pasukan pasukan Negeri seperti Selangor- Singapore / Selangor- Johor / Selangor -Kedah / Selangor -Pahang/ Selangor -P.Pinang dll.
Pernah memasukki stadium melalui lorong tikus dari Sekolah VI dengan memanjat tembok belakang Bilik Tandas Sekolah VI dan terjun 20 kaki ke dalam stadium!! kalau difikirkan semula kenangan giler masa remaja macam tak masuk akal. Sekali pada final Pestabola Merdeka Malaysia – Korea, Tiket telah habis dijual. Untuk masuk ke dalam stadium dengan cara tolak ke pintu masuk pemeriksaan tiket dan bila ditanya tiket disebut ” TIKET DIBELAKANG” .. maka tertolak masuk melepas palang besi palang masuk…
Pada 2025 – Menara Merdeka 118 – telah siap sepenuhnya. Ia terletak sebelah Stadium Chin Ho. Aku mengambil peluang menyertai Tower Run Merdeka 118 pada 30.8.2025 untuk mendaki setinggi 118 tingkat , 2850 anak tangga. Telah berjaya mendaki dan masuk dalam 100 Floors Privilage Club.
Stesyen Pasar Seni merupakan lokasi Asal Bas Stand Klang yang menjadi pusat hentian bas Kuala Lumpur. Di sini Bas Sri Jaya dari Petaling Jaya dan Klang akan berhenti. Bas 270 dari Kampus UKM Seksyen 17 akan berhenti di sini. Dan Pada era Bas Mini , juga akan melalui kawasan Bas Stand Klang untuk merayap ke seluruh pelusuk Lembah Klang.
Duku Bersebelahan Bas Stand Klang terdapat, Kompleks Pasaraya UDA yang sudah dirobohkan untuk dijadikan Stesyen MRT PUDU RAYA. Juga China Town Petaling Street, Pasar Seni/Central Market, Bangkok Bank, Benteng tempat makan waktu malam, Kota Raya dan Jalan Silang.