Pengalaman Ke LA, LV di Negara Uncle SAM 2010

Pada 24 Mei -31 Mei 2010 berpeluang menghadiri INTEROP di Las Vegas atas jemputan HP Malaysia. Seramai 13 orang wakil IPTA menyertai rombongan dari Malaysia. USIM disertai En Jasmin Jaimon, Dr. Kamaruzzman Seman dan saya.

Persiapan awal ke US memerlukan permohonan VISA 3 bulan sebelum berlepas. Agen Pelancongan yang dilantik ialah Apple Vacation Travel. Sangat professional. Semua dokumen diuruskn dengan baik dan mengatur tarikh temuduga di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur. Tidak sebarang masalah untuk mendapat visa utk sah selama 10 tahun.

Perjalanan pergi bermula dgn penerbangan MAS ke Singapore 3 jam, bermalam di kota Singa. Keesokannya awal 3pagi terbang menaiki Singapore Airlines ke Narita Airport Tokyo. Menuggu 4 jam untuk sambung penerbangan ke Los Angles. Perjalanan selama 14 jam!! merentas garis masa bermakna perjalanan asal pada 25 Mei tapi kami mendarat pd 24 Mei 2010 di Los Angeles. Proses untuk melepasi imigresen sangat mudah tapi pemeriksaan keselamatan sangat ketat. Semua diperiksa sehingga tapak kasut!!

Dari LA, terus ke terminal 3 menaiki bas transit yang disediakan. Menaiki United America Airlines ke Las Vegas Bandar Percutian!! Sesampai di Airport telah kelihatan mesin slot tersusun di mana-mana ruang kosong. Sama macam vending machine di Malaysia. Kami Check in di Excalibur Hotel. Hotel famili yang sesuai untuk pelancong membawa anak anak. Sepeti Sunway Lagoon. Tapi masih banyak mesin slot di lobi hotel.

Esok Hari Ahad, kami dibawa berjalan di Premium outlet. Pada masa itu JPO masih belum ada. Jadi macam jakun juga melihat kedai jenama jenama terkenal. Wakil Agen Pelancongan sudah ada senarai panjang item yang hendak dibawa balik. Salah satu Beg tangan jenama COACH yang mahal di Malaysia RM3500!! di LV hanya USD600 shj lebih kurang RM2000 masa itu. Saya sempat beli kasut Off Season Jenama Clark USD49!!

Malam kami dibawa ke Downtown, kawasan bandar lama LV untuk ke Ali Kebab Cafe. Pemilik seorang Bangladesh yang pernah berkerja di Malaysia. Fasih berbahasa Melayu!!

Keesoknya kami mendaftar masuk ke INTEROP 2010 di Hotel Mandalay. Untuk ke sana kami menaiki MonoRel selang 2 stesyen shj. Sangat hebat pameran produk produk ICT terkini yang dipamirkan dalam dewan pameran sama saiz seperti KLCC Exhibition Hall.

Sebelah malam kami berjalan secara kumpulan meninjau sekitar hotel. Sebarang jalan terdapat Golden Madison Garden. Gelanggang Tinju yang terkenal. Nasib kami baik kerana jadual perlawanan berikut pada bulan Jun selepas kami berlepas pulang. Selain itu saya melihat online katalog tiket persembahan penyanyi terkenal seperti Donny Osmand, David Copperfield pon buat show. Tiket paling murah USD95.00