1969-1973 Peralihan Kehidupan

Peralihan dari menduduki rumah setinggan, kemudian menyewa di beberapa buah rumah di Wadi Hana dan 2 rumah di no 100 dan 90 Jalan Bunga Raya Besar membawa satu sinar baru, kawan baru, jiran baru dan Sekolah Baru.

Mulai tahun 1969 telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru yang baru siap dibina. Yang baiknya Guru Besar Sekolah ini masih sama Cikgu Hamidon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kebun Teh, sekolah Darjah 1 – Darjah 4. Ayah sangat mengenali guru guru di beberapa sekolah kerana ada berjumpa di acara mesyuarat di sekolah yang Ayah Bertugas, Sekolah Rendah Abdul Rahman Andak, Jalan Saujana.

Mungkin kerana keadaan fizikal aku yang agak besar atau kerana Cikgu Hamidon kenal Ayah dan Aku sejak belajar di Sekolah Kebun Teh, Aku dilantik jadi Ketua Murid semasa Darjah 5 lagi kerana tidak ada pelajar Darjah 6 pada tahun 1969 di sekolah yang baru dibuka. Kalau dikira dari pencapaian akademik aku agak ketinggalan semasa dalam Darjah 4.

Untuk menjadikan cerita, bermula darjah 5, utk ke sekolah aku akan melalui kedai runcit Haji Kadir. Setiap hari aku akan singgah beli sekotak kismis kering. Walaupon pada waktu itu ianya hanya sebagai makanan kegemaran aku kerana kemanisan rasanya. Khasiah buat kurma, buah kismis mungkin telah memberi tenaga dan oksijen kepada otak. Semakin hari semakin mudah aku untuk belajar. Dari Nombor 29 pada Darjah telah meningkat kepada nombor 15-20 dalam kelas Darjah 5.

Tambah pula pada Darjah 5 ada ujian Darjah 5, untuk pemilihan ke sekolah asrama. Pada waktu ini baru aku dikejutkan oleh Cikgu Shamuddin, Guru Sains yang menjalankan kelas tambahan sebagai persiapan Ujian Darjah 5. Cikgu Shamsudin meminta kami jalankan ulangkaji dan latihtubi menggunakan buku latihan keluaran syarikat pencetkan Preston. Diberi tunjuk ajar cara mengulangkaji dan latih tubi yang betul. Ini menimbulkan minat untuk lebih tekun dalam menghadapi ujian Darjah 5. Walaupon tidak ada cita cita pon pada waktu itu untuk ke sekolah asrama.

1970 memulakan sekolah Darjah 6, Saiz badan yang akan tinggi dan besar memudahkan aku terpilih sebagai Pasukan Sepak Takrwa sekolah, lebih lagi aku dah mahir bermain di gelanggang bersama dengan kumpulan remaja yang lebih berusia di gelanggan depan rumah kawan sekelas Shahir Hamzah. Pasukan kami berjaya menjadi Naib Juara MSSD. Namun tidak terpilih menjadi Wakil Daerah Johor Bahru.

Tahun ini menujukkan peningkatan ketara kepada akademik, pencapaian ujian dalam kelas telah meningkat ke nombor 8-12 dalam kelas Darjah 6. Nombor 1 dalam kelas tidak lain dari Saudara Amir, Saudari Norhadidah, Mohd Amin, Shamsuddin, Mohd Rais@Kenit dan rakan yang lain.

Keluar keputusan pemilihan Sekolah Asrama menyaksikan Sdr Amir dan Sdri Nor Hadidah terpilih ke sekolah asrama penuh. Beberapa orang memilih untuk ke English Collage, Sekolah Dato Onn utk Aliran English, manakala aku terus kekal Aliran Kebangsaan.

Keseronokan bersekolah di SK Majidee ialah Cikgu Khalid, Cikgu Sabran, Cikgu Hamidon, Cikgu Shamsudin akan datang pada malam minggu untuk bermain badminton di gelanggang badminton sekolah bermain dengan murid murid yang tinggal berdekatan seperti aku, Shahir Hamzah, Mohd Amin, Shamsudin, Modh Rais . Maka Tamat sekolah Rendah pada tahun 1970.

1971 memulakan era sekolah menengah rendah di Tingkat 1 Sekolah Men Rendah Majidee Bahru. Sekolah ini masih dalam pembinaan di sebelah sekolah Rendah Majidee. Terlewat utk disiapkan. Maka Sekolah ditempat di Sek Rendah Ayer Molek,sekolah pertama aku semasa darjah 1.

Maka setiap hari jam 10.00pagi aku akan menaiki Bas Alex untuk ke Bandar Johor Bahru ke Sek Ren Ayer Molek. Jika ada latihan sukan sekolah, kami akan pergi lebih awal jam 9.00 pagi untuk sampai jam 10.00 pagi latihan sukan.

Selesai latihan sukan, kami ambil kesempatan untuk ke Tambak Johor untu mandi. Kemudian ke Perpustakaan Awam Sultan Ismail sebelum masuk sekolah jam 1.00 tgh.

1972 bermula lah Persekolahan di bangunan Baru SMK Majidee Baru yang terletak hanya 200meter dari rumah di Kg Dato Osman Saat. Bangga kerana di tapak bangunan sekolah ini ada sedikit keringat titik peluh aku yang mengambil upah menggali tapak gajah batu asas sekolah semasa dalam pembinaan.

1973 Peperiksaan SRP akan berlangsung pada bulan September setiap tahun. Tahun ini tidak terkecuali kepada Batch kedua SMK Majidee untuk menghadapi nya.

Aku dan Shahir berpakat untuk memulakan ulangkaji bersama sama. Tapi bila dan di mana? Tidak sesuai di rumah aku yang masih menggunakan lampu pump sebagai penerang malam. Rumah Shahir juga tidak sesuai kerana ramai adik beradik.

Aku cadangkan kepada Shahir untuk gunakan bilik darjah sekolah pada jam 8.00mlm – 10.00mlm . Aku kenal Pakcik Guard Penjaga Sekolah. Dan dia kenal aku sebagai anak kepada Pak Yem yang juga Penjaga Sekolah.

Ulangkaji di Waktu Malam di Sekolah

Maka aku dah Shahir setiap minggu 3 kali akan ulangkaji di bilik darjah sekolah tanpa pengetahuan Guru Besar, Cikgu Omar. Guru Besar kami nampak garang dengan misainya. Tapi sebenarnya seorang yang sangat baik hati.

Pada satu malam Cikgu Omar telah datang ke Sekolah pada waktu malam untuk bermain badminton dengan beberapa guru yang lain. Cikgu Omar bertanya dengan Pak Guard kenapa lampu bilik darjah di tingkat bawah itu menyala? Maka dia beritahu ada 2 orang pelajar datang untuk ulangkaji matapelajaran bagi peperiksaan SRP.

Cikgu Omar telah datang ke bilik darjah kami ulangkaji pada malam itu. Cikgu Omar memang kenal aku kerana aku seorang Pengawas Sekolah. Cikgu sangat gembira ada pelajar yang sanggup datang waktu malam untuk ulangkaji. Cikgu beri kebenaran untuk kami berdua guna bilik darjah.

Keesokan pada Perhimpunan Hari Ahad (Johor persekolahan Ahad-Khamis). Cikgu Omar membuat pengumuman yang beliau setuju untuk Pelajar Tingkatan 3 untuk hadir ke sekolah pada sebelah malam bagi ulangkaji matapelajar sebagai persiapan Peperiksaan SRP.

Maka ramai lah rakan rakan Tingkatan 3 hadir ke sekolah pada waktu malam. Terang Benderang bilik bilik darjah. Keadaan yang sunyi bertukar dengan orang bercakap, gelak ketawa dan sebagainya,

Pada satu malam Cikgu Omar hadir ke sekolah untuk bermain badminton. Kali ini Cikgu agak terkejut kerana suasana sangat bising dan pelajar tidak fokus kepada tugasan sekolah yang diberikan oleh Cikgu masing masing. Adanya berlari berkejaran.

Akhirnya sekali lagi dalam perhimpuan Hari Ahad, Cikgu Omar memaklumkan yang kelas ulangkaji sebelah malam tidak dibenarkan lagi. Maka tinggallah aku dan Shahir sahaja di benarkan meneruskan ulangkaji.

Sehingga akhirnya kami menduduki peperiksaan SRP 1973 dengan jayanya. Aku tersenarai pelajar No 3 di belakang Khadijah Zakaria (sekarang menjadi Doktor di Klinik Swasta di Pasir Gudang) dan Halim Ismail rakan sekampung yang sama sama dapat masukSekolah Asrama Penuh. Dan Sahabatku Shahir di no 9 dalam sekolah yang memasuki sekolah teknik dan menjadi Pilot Tentera Udara Malaysia.