Pendahulu Kata
Biografi

Biografi ini merupakan satu catatan kehidupan sebagai kenangan abadi untuk Anak Cucu Cicit. Ianya bermula dari tanggal 16 Oktober 1958 jam 11.55 pagi, 5 minit sebelum dini hari. Mengikut firasat orang dulu dulu anak yang lahir kebetulan jam 12.00 dini hari akan mewarisi sifat yang mungkin nakal. Anak ini diberi nama sempena nama Nabi Idris, Nabi kedua dari 25 Nabi dan Rasul kerana kebetulan ianya adalah anak kedua dari Pasangan Suami Isteri dari keluarga yang sederhana di Lorong 2, Ngee Heng Johor Baharu terletak di Kampung Wadi Hassan 2 batu dari Bandar Johor Bahru.
Coretan AnakCucuCicit
Anak ini diceritakan oleh arwah ibu sangat model pada usia 3 bulan sudah mencecah berat 15 kilogram. Sehingga Jururawat menegur supaya pastikan anak tidak terlalu obsess sehingga alat timbang tidak dapat menampung berat seorang bayi berusia 3 bulan. Anak ini terus membesar sebagai anak yang normal tidak terlalu obsess sehinnga berusia 5 tahun.
Sejarah hidup anak ini yang melalui kehidupan sukar bermula 1963 hingga 1969 dalam sebuah keluarga yang berjuang untuk menyara anak-anak melalui pelbagai ujian dan cabaran yang mungkin tidak sehebat orang lain, tapi pada saya sebagai saksi hidup perjuangan ayah dan ibu sangat menghargai segala usaha susah payah yang mereka lalui demi kelangsungan hidup kami 6 beranak.
Fasa kehidupan DARI LURAH KE KOTA akan melalui fasa fasa berikut:
- Kehidupan Awal : 1960-1963
- Kehidupan Permulaan: 1964 – 1968
- Kehidupan Perubahan : 1969-1973
- Kehidupan Penghijarahan : 1974-1981
- Kehidupan Perkembangan : 1982-2017
- Kehidupan Pesaraan : 2018 – kini
Juga disusun rapi kegiatan AnakCucuCicit dalam pelbagai bidang yang diceburi
- Bersantai dengan Teknologi ICT
- Penglibatan Sukan
- Aktiviti Seni Budaya
- KegiatanPersatuan & Kebajikan
- Koleksi Kenderaan Sendiri
- Bernormad Pindah Randah Kediaman
- Nostaliga Pulang Raya
- Pengangkutan Awam Lembah Klang
Saya IDRIS BIN TAKYAN , Lahir di Johor Bahru pada 16 Oktober 1958 oleh Pasangan Takyan bin Mahmud Bin Safar bin Marwan bin Ali , Asli Kepulauan Riau. Ibu Salmah bin Abdullah, anak keluarga Cina yang Kematian keluarga pada tahun 1941-1945 era Perang Dunia Kedua, Jepun menjajah Tanah Melayu. Menjadi Anak Angkat Keluarga Melayu-Jawa di Kg Linau Besar, Bukit Pasir Batu Pahat Johor.
Penceritaan kehidupan dari lurah di mana pondok usang 10×10 tempat ayah memulakan semula kehidupan pada tahun 1964 sehingga saya Berjaya ke Menara Gading UKM dan berhijrah beberapa tempat sehingga bersara di teratak rumah di Tasik Kesuma.
Coretan : AnakCucuCicit.