Pengalaman Di Downunder Australia 2008
Berpeluang ke Sydney Australia pada 2008 untuk mengikuti Kursus “Installation and configuration Core HP Switches”. Pakej latihan yang disediakan semasa pembelian 2 core switch Model 7704 pada tahun 2005
Perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki pesawat MAS terus ke Sydney mengambil masa hampir 11 jam tanpa henti. Aku terbang bersama Dr. Azreen dan Arif Izwan. Setiba di lapangan terbang Sydney kami mengisi borang Disembarkment Form” di dalam itu kena “istihar” apa apa barangan larangan dan bercukai. Dan tujuan perjalanan ” Offical Goverment Visit”. Dalam sibuk untuk melepasi kaunter Immigresen. Tiba tiba Pegawai immigresen memanggil kami dan bertanya tujuan lawatan. Aku tunjukkan borang yang telah diisi. Terus sahaja diarahkan ke lorong khas. Aku panggil Dr. Azreen dan Arif Izwan untuk ikut sekali. Itu pengalaman layanan yang baik diberikan oleh Australia kepada “Commonwealth Officer” sebagai satu hadiah. Tanpa banyak soalan terus melepasi kaunter immigresen.
Telah menunggu ialah wakil syarikat yang mengurus perjalanan kami. Kemudian menaiki Van menuju ke hotel di Bandar Sydney. Cuaca terang sekitar 20 darjah Celcius. Sesampai di Hotel dan Check in, seperti dirancang kami akan ke Cannberra untuk melawat Rakan sekerja yang sedang belajar di Royal University of Cannberra, Dr. Faizal Mahusin. Jam 12.00 tgh kami menaiki kereta yang telah disewa khas dipandu oleh Wakil Syarikat yang menguruskan perjalanan kami. Untuk keluar dari Sydney perlu melalui MOTOWAY atau lebuh raya dan melepasi plaza tol menggunakan teknologi “pengcaman no plate” tanpa perlu bayar. Semua akan dibayar semasa pemulangan kereta nanti.
Dalam perjalanan, cuaca terang benderang melalui MOTOWAY kiri kanan ladang lembu yang luas. Tiba tiba nampak signboard “FREE COFFEE” terus kami berhenti dikawasan rehat tepi lebuhraya. Keluar sahaja dari kereta .. menerpa angin sejuk 10 darjah celcius!! Rupanya sekarang bulan Jun musim sejuk di Australia bebanding musim panas di England.
Jarak perjalanan Sydney – Cannberra 300km!! tapi lebuhraya tidak banyak kenderaan. kerana pemanduan 90kmj dan lama kami berhenti tadi, telah melepas 4 jam perjalanan. Sesampai di rumah Dr Faizal telah menunggu kami dan di jamu minuman petang. Seterusnya kami dibawa melawat sekitar Bandar Canberra yang merupakan Capital City of Australia. Konsep yang ditiru oleh Putrajaya. Terdapat bangunan komersil milik gergasi industri, Bangunan kerajaan dan Pejabat Kedutaan. Jam 5.00 ptg sudah gelap pada musim sejuk. Kami segera balik ke rumah Dr Faizal dan dijamu makan malam selepas solat Maghrib!.
Jam 6.30 ptg cuaca telah gelap. Kami bergerak semula ke Sydney dan sampai di Hotel jam 12.30tgh malam.
Esok Sabtu, kami dibawah bersiar siar sekitar bandar Sydney. Melihat “Sydney Opera Building” dan Darling Horbour. Makan di Indian muslim Restoran. Petang kami menaiki Bas Pelancong ke Bondi Beach yang terkenal di Sydney. Tapi kerana musim sejuk kami tidak melihat apa apa kecuali pantai yang kosong shj. Malam kami makan malam di restoran Malaysia tidak jauh dari hotel. Restoran ini sangat popular kepada pelancong Malaysia termasuk Sultan Kedah pon pernah makan disana. Dimaklumkan restoran ini kini telah ditutup tidak beroperasi lagi.
Esoknya, Ahad sekali lagi kami menaiki bas pada awal pagi jam 9.00 untuk melawat Mini Zoo utk lihat kangaroo, Walabi dan lain lain haiwan. Selepas itu kami di bawa ke Pekan Katomba untuk melihat The Senic. Satu taman di bawah jurang yang dalam menuruni menaiki cable car. Taman semula jadi berkonsepkan Jurrasic Park. Semasa balik Cable Car mendaki semula jurang dan melihat “Three Sisters” puncak gunung yg ikonik.. Sama seperti Gunung Daik Bercabang Tiga di Kepulauan Riau.
Isnin telah bersiap-siap untuk menghadiri Kursus. Selepas Minum Pagi, sekali lagi wakil syarikat memaklumkan yang hari ini kami akan dibawa ke Neslon Bay untuk menaiki boat melihat Dolphin. Rupanya 6-12 Jun di celah celah Cuti Umum QE Birthday. Kalau di Malaysia Cuti Hari Keputeraan DYMM SPB YDPA. Perjalanan ke Neslon Bay menaiki bas mengambil masa 2 jam melalui bandar dan kampung kampung yang tersusun. Dapat lihat beberapa ekor Dolphin. Kembali semula ke Hotel jam 6 ptg. Malam kami makan Kebab shj di Cafe berdekatan hotel.
Selasa, Rabu & Khamis – Kami menjalani kursus di HP HQ di sekitar Sydney melalui Sydney Bridge. Berkesempatn menaiki keretapi dari Sydney Central Stations ke Arah Katomba. Melihat kehidupan harian di Australia. Semua kerja pembangunan dibuat oleh pekerja tempatan!!