Seni dalam kehidupan
Kalau diambil dari sebelah ibu tidak lah sangat ada darah seni, walaupun kerap menyanyi lagu kanak-kanak semasa mendodoi anak anak. Tapi Arwah Ayah ada sedikit darah seni. Berminat dengan alat muzik dan menyertai kumpulan muzik Melayu Asli. Arwah ayah suka menyanyi. Kerap mendengar ayah menyanyi sewaktu berusia 5-10 tahun. Darah seni ayah ini banyak mengalir ke Arwah Abang sulong Jaafar yang turut bermain pelbagai alat muzik dan ada kumpulan gitar rancak Era Pop Yeh Yeh -1960an. Kemudian diikuti Anaknya Mohd Hadi yang turut melibatkan diri dalam nyanyian dan bermain alat muzik dalam kumpulan Muzik Hindie Laila Lounge.
Pada diri saya, lebih kepada nyanyian dan penulisan. Minat menyanyi timbul kerana kerap mendengar arwah ayah menyanyi lagu Melayu melalui Piring Hitam, Kaset dan Tape yang dibeli setiap bulan. Saya berkesempatan mendengar dan mengalunkan lagu lagu melayu terutama Lagu Tan Sri P.Ramlee.
Minat penulisan timbul semasa tingkatan 3, bila Cikgu Bahasa Melayu Ahmad Helmi mengajar teknik menyusun karangan yang berputis sebagai persiapan peperiksaan SRP 1973. Ini membuka minat untuk saya menghantar Sajak, Pantun ke Dewan Pelajar dengan nama pena yang pertama : J.B IRTAN.
Minat ini terhenti begitu sahaja tidak berkembang sangat kerana kesibukan dengan pembelajaran tingkatan 4, 5, Matrikulasi dan Universiti. Namun minat menyanyi dan penulisan tidak terpadam. Ada peluang saya menyanyi di Karaoke bersama kawan. Dan pernah Menyanyi lagi Tan Sri P. Ramlee dalam dewan sekolah SMSJ.
Selain itu hasil seni dalam bentuk grafik dan video juga banyak dihasil bersama semasa terlibat dalam tugasan di Pejabat dan Dalam Persatuan. Antaranya
- Video Korporat USIM 2006-2008
- Video Klip Pelancaran Malaysian Japan Festival Anjuran PAMAJA, 2022
- Video Klip Pelancaran Tabung E TAKeWA : Pertubuhan Al-Haj, 2025
- Video Klip Sambutan Ulangtahun Kelahiran Isteri Tersayang : 1959-2025
Begitu juga Penulisan Sajak dan Pantun, kadang kadang timbul idea utk menulis utk satu peristiwa atau majlis. Pernah menulis beberapa Sajak & Pantun baru baru ini dengan nama pena terbaru : AnakCucuCucit utk saya rakamkan di sini.
BICARA SATU PERJALANAN
24.6.2025 datang melintasi masa
Bicara Sebuah Perjalanan
Berkolek ke Hulu
Berdayung ke Muara
Bersampan ke Lautan
Berombak ke Pantai
Berenang di Tepian
Berteduh di Pepohonan
Berumah di Tepi Pantai
Bersahut Angin dan Hujan
Berteduh di Rimbuan
Beradu di Dedaunan
Bersulam Senyum
Bermandi Tangisan
Bermadah gurindam
Berpantun Seloka
Bersantun Budi
Bersemi Bakti
Berpadu Janji
Berkasih Sayang
Berpadu sireh Dikacip Pinang
Bercangkir kopi Kasih Bertaut
Beranak Pinak Berlembar Benang
Bercucucicit Warisan Berpaut
Nukilan : Anakcucucicit
PERJALANAN SATU PENGHIJARAHAN
Jauh Sudah Perjalanan ini.
Berdekad berabad mencari penghujung,
Bermula dengan tapak selebar dua jari
Merangkak, Bertatih, Jatuh Bangun
Berjalan dan Terus Berlari
Fajar menyinsing pagi,
Embun Menitis Membasah Rumput Hijau
Mentari Menegak di ubun ubun
Membasah keringat di dahi
Kini Menunju ke ufuk barat
Bersama awan senja berwana jingga
Bila tengelam mentari digarisan malam
Bergema Azan Membelah Angin
Menanda Telah Berhijrah ke 1 Muharam
1446Hijrah melambai pergi
1447Hijrah membuka tirai malam
Bersujud syukur kita diberikan masa lagi
Untuk meneruskan perjalanan ini
Nukilan : AnakCucuCicit
PANTUN
Takbir Bergema Selembut Jati
Burung berkicau di batang kali
Maaf DiPinta Sepenuh hati
Zahir dan Batin bawa sekali
Nukilan : Anakcucucicit
Buah Petai Buah Pala,
Masak Gulai Masak Sambal,
Jahat Dihindar Jadi Pahala,
Baik Di Amal Jadi Bekal
Nukilan : AnakCucuCicit
Berkicau bunyi burung berlagu,
Menderu angin menitis salji,
Berbilau hati meniti ragu,
Menjangkau masa menanti janji.
Nukilan : AnakCucuCicit
Pagi Mentari Di Ufuk Garisan
Menyiram Cahaya Menerang Alam
Sarapan Pagi Hidangan Warisan
Enak Rasa Hati Menyulam
Nukilan : Anakcucucicit
Fajar Pagi menerjah Jendela,
Embun Menitis Ke Atas Peti,
Wajar menimba ilmu berjela,
Timbun Pahala Bekalan Nanti
Nukilan : Anakcucucicit
Jalan Hidup Penghujung Mati
Jalan Mati Penghunjung Nyawa
Semasa Hidup Banyakkan Berbakti
Semasa Mati Bekalan Dibawa
Nukilan : Anakcucucicit
Buah Bidara Di atas Pedati
Daun Pegaga Di atas Para
Ruang Biara Menyantun Hati
Buat Hiburan penglibur lara
Nukilan : Anakcucucicit
Bunga Cinta Ditepi telaga
Kelopak Hati dalam taman
Cinta Khairat Mencari Syurga
Hati Dibuka Menambah Iman
Nukilan : Anakcucucicit