Bersukan

Elok rasanya dirakamkan sejarah bersukan untuk menjadikan Sukan satu Riadah dan Kerjaya. Pernah pada tahun 1972 dalam buku penyata murid dalam ruang Cita-cita Kerjaya ditulis untuk menjadi Pemain Sepaktakraw Profesional. Walhal pada masa itu Pemain Sepaktakraw secara profesional sepenuh masa belum wujud, tapi ada pemain bolasepak, pemain sukan lain diberikan jawatan dalam jabatan kerajaan atas pencapaian sukan masing masing untuk menjadi pemain kelab jabatan/perbadanan/ negeri berkenaan.

Minat terhadap sukan telah ditanam sejak kecil. Pada usia 11 tahun telah ada pasukan bolasepak dan sepaktakraw di kampung. Anak anak kumpul wang saku harian untuk membeli bola, bola raga, kasut dan lain lain peralatan sukan. Antara aktiviti sukan dan Riadah yang diceburi

  1. 1969 Wakil Sepaktakraw SK Majidee Bahru, Naib Juara MSSD
  2. 1971 Wakil Sepaktakraw SMK Majidee Bahru
  3. 1972 Wakil Sepaktakraw MSSD B15 Johor Bahru
  4. 1973 Wakil Sepaktakraw MSSD B15 Johor Bahru
  5. 1974 Wakil BolaSepak SMSJ Kluang
  6. 1974 Wakil SepakTakraw SMSJ Kluang
  7. 1974 Wakil Rugby SMSJ Kluang
  8. 1975 Wakil Bolak Keranjang SMSJ Kluang
  9. 1975 Wakil Sepaktakraw MSSD Johor Utama U20
  10. 1975 Berkhemah di Pulau Besar bersama Rakan SMSJ75
  11. 1976 Berkhemah di Kuala Sedili bersama Rakan SAS KL
  12. 1978 Wakil Rugby Fakulti Sains UKM
  13. 1978 Kem Motivasi Mahasiswa Negeri Johor, di Kem OBS Mersing
  14. 1979 Wakil Rugby UKM Bangi
  15. 1979 Melawat Taman Negara bersama Mahasiswa Sains UKM
  16. 1980 Wakil Rugby UKM Bandit
  17. 1983 Tempat ke 23 Pertandingan Jalan Kaki UKM Bangi
  18. 1984 Hari Keluarga PKUKM di Taman Tasik Titiwangsa KL
  19. 1988 Berkhemah di Langkawi Bersama Keluarga
  20. 1990 Hari Keluarga PKUKM di Padang Pavilion UKM Bangi
  21. 1992 Berkhemah di Ulu Yam Bersama Keluarga
  22. 1996 Berkhemah Famili Kintan di Cameron Highland Bersama Keluarga
  23. 1998 Famili Idris & Ruby, Sunway Lagoon, Sunway Selangor
  24. 1999 Hari Keluarga PTM UKM, Pulau Besar Melaka
  25. 2001 Peserta Towerthon Menara KL
  26. 2001 Ahli Majlis Sukan Staf KUIM
  27. 2002 Berkhemah di Monkey Beach, Teluk Bahang Penang
  28. 2006 Pengurus Sepaktakraw Sukan Staf USIM di UPM
  29. 2007 Pengurus Olahraga Sukan Staf USIM di UNIMAS
  30. 2009 Tim Ketua Kontijen Sukan Staf USIM di UMT
  31. 2009 Hari Keluarga PTM USIM di Taman Negara Pulau Perhentian
  32. 2012 Hari Keluarga PTM USIM di Pulau Pangkor, Perak
  33. 2013 Ketua Kontigen Sukan Staf USIM di UKM
  34. 2016 Famili Kintan, Langkawi, Kedah
  35. 2017 Legoland, Iskandar Puteri, Johor
  36. 2018 Hari Keluarga AK di Risda Eco Resort , Ulu Slim
  37. 2018 Famili Idris & Ruby, Frazer Hill, Pahang
  38. 2019 Bangi Wonderland, Bangi Avenue Bangi
  39. 2019 Hari Keluarga AK di Behrang Ulu, Tg Malim
  40. 2022 Hari Keluarga AK di Kuala Tahan
  41. 2023 Hari Keluarga AK di Kemensah Resort Ulu Klang
  42. 2024 Hari Keluarga AK di Sungai Slim Tanjung Malim
  43. 2025 SkyRun Merdeka 118 – Towerthon

Sukan Peringkat Awal 1968-1973

Sepak Takraw

Seingat yang paling awal ialah melibatkan pasukan sepak takraw kumpulan sebaya di Jalan Bunga Raya Besar. Terdapat gelanggang sepaktakraw di rumah Melan depan rumah Kenit. Kami bentuk 3 pasukan regu untuk bermain sebelah petang. Bakat bermain sepak takraw ini berkembang sehingga dapat membentuk pasukan utk Sekolah Rendah Majidee Bahru dan mewakil sekolah dalam pertandingan peringkat daerah pada tahun 1969 menjadi Naib Johan MSSD Johor Bahru. Ada masuk dalam keratan Surat Khabar.

Bakat bermain sepaktakraw ini berkembang semasa berpindah rumah ke Lot 3009 KG Dato Osman Saat. Terdapat gelanggang sepaktakraw di Jalan Bunga Raya Kechil. Gelanggang ini ada pasukan sepaktakraw belia 15-20 tahun. Tapi kerana ketinggian saya pada usia 13 tahun dah capai 5’6″ dan bakat pon sudah berkembang saya dibenarkan bermain dengan belia belia yang lebih dewasa.

Sehingga akhirnya saya mewakili sekolah semasa tingkatan 2 di Sekolah Men Majidee Bahru pada tahun 1972 dan mewakili MSSD Johor Bahru untuk 2 tahun berturut turut 1972 & 1973.

Badminton

Permainan lain ialah badminton. Terdapat banyak gelanggang badminton di halaman rumah. Dan ada pertandingan badminton antara Jalan di Kampung Majidee. Sehingga waktu malam saya akan ke Sekolah Rendah Majidee untuk bermain bersama Ustaz Sabran, Cikgu Khalid , Cikgu Shamsudin dan Guru Besar Cikgu Hamidon. Di halaman rumah arwah ayah di Lot 3009 juga ada gelanggang badminton dan akan dipasang lampu gas/lampu pam untuk menerangkan gelanggang di waktu malam. Arwah ayah akan bermain badminton dengan jiran jiran sekitar rumah.

Tapi bakat bermain badminton tidak diteruskan selepas tingkatan 2 kerana saya memilih untuk fokus kepada Sepaktakraw.

Pingpong/Tenis Meja

Permainan Pingpong ini hanya sebagai permainan hobi sahaja. Bermula semasa tingkatan 2. kebetulan terdapat papan pingpong disediakan oleh Pengetua Sekolah, Cikgu Omar. Kebetulan juga jarak rumah ke sekolah hanya 300 meter sahaja. Maka sebelah petang, jam 3 ptg saya dan beberapa rakan akan ke sekolah untuk bermain pingpong di ruang kantin sekolah. Bakat Pingpong ini juga berkembang sehingga timbul minat yang tinggi terdapat sukan pingpong. Tapi disebabkan pingpong bukan sukan “orang melayu” tahap kemahiran tidak setinggi “budak cina”. Tapi minat ini masih kekal sehingga ke kampus dan semasa bertugas di UKM dan USIM.

Hoki

Sukan yang paling saya takut untuk bermain. Pernah dipanggil untuk latihan oleh Guru Sukan pada tingkatan 2. Itu kali pertama dan kali terakhir saya bermain Hoki. Tapi minat untuk melihat permainan hoki tetap ada semasa Kejohanan Hoki Piala Dunia di Kuala Lumpur.

Bola Tampar

Kerana ketinggian pada tingkatan 2 mencapai 5′ 7″, Guru Sukan memanggil untuk latihan bolatampar. Namun ianya bukan sukan yang saya minati. Kemahiran untuk bermain bolatampar tidak berkembang dan mati begitu sahaja.

Sukan Peringkat Remaja : 1974-1981

Sepak Takraw

Sukan Sepaktakraw terus menjadi sukan utama pada tahun 1974-1977 semasa bersekolah di sekolah asrama penuh. Mewakili Sekolah Menengah Sains Johor U18 dan terpilih sebagai salah satu regu utk pasukan Negeri Johor (Utara) U18 – Kluang/Segamat/Muar bertanding dengan Negeri Johor (Selatan) – Johor Bahru/ Kulai / Sedenak, Negeri Johor (Timur) Kota Tinggi/ Mersing, Negeri Johor (Barat) – B.Pahat/Pontian/ Benut/ Simpang Renggam.

Teringat semasa bermain sepaktakraw waktu cuti SPM tahun 1976, sedang bermain di gelanggang sepaktaraw di Larkin Johor Bahru mendapat berita Kembali Ke Rahmatullah PM, Tun Abd Razak di London.

Sepak takraw terus dimainkan semasa mengikuti Program Matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras KL. Di SAS saya berkenalan dengan Datuk Zolkiples Embong yang masa itu pemain Sepaktakraw U-20 SAS yang handal. Kami tidak sempat bertanding kerana jadual kuliah program Matrikulasi sangat padat. Beliau akhirnyan menjadi Ketua Pengarah MSN sehingga bersara.

Pernah menjadi ahli pasukan sepaktaraw Kampung Dato Osman Saat mengadakan perlawanan dengan beberapa pasukan ternama daerah Johor Baharu termasuk Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor yang kebanyakan pemain adalah Wakil Negeri Johor.

Akhir sekali bermain takraw semasa di kolej kediaman UKM Kampus Jalan Pantai dengan rakan rakan satu kolej kediaman, tapi setakat itu tidak mewakili kolej kediaman kerana ramai bakat bakat lebih hebat dari seluruh negara berkumpul di situ. Namun kemahiran sebagai tekong dengan servis kuda dan bola spin menjadi senjata utama. Walaupon pada awal saya merupakan pemain apit kiri sebagai second killer.

Penglibatan sukan takraw diteruskan sebagai pengurus pasukan sepaktakraw Staf USIM pada sekitar tahun 2008. Dan ada membincangkan idea “team quad- 4 pemain satu pasukan”. Menyediakan cadangkan kepada PSM melalui Pegawi Pusat Sukan USIM.

Rugby

Siapa sangka, dari sekumpulan pemain sepaktakraw dapat dibentuk menjadi sebuah pasukan Rugby oleh Guru Sukan yang merupakan Pemain Pasukan Rugby Kebangsaan, Cikgu Yunus Dahlan. Beliau pada masa itu pada usia 26 tahun. Kami pada usia 17 tahun. Melalui latihan fizikal yang agak keras dan latihan taktikal yang baik , berjaya membentuk pasukan Rugby pertama SMSJ. Kemudian legasi ini ditinggalkan dengan 2 orang dari ahli pasukan ini Raya Sharif dan Rosly Majid berjaya mewakil Pasukan Rugby Kebangsaan. Paimin Kasimon dan Hamzah Harith di bawa ke Johor Bahru untuk menyertai pasukan MSSJ.

Minat bermain Rugby ini meningkat semasa berkuliah di UKM Jalan Pantai. Dapat menyertai pasukan Rugby UKM untuk menyertai Sukan Antara Universiti di USM pada tahun 1979. Namun UKM Bandit bukan pasukan yang lengkap berbanding dengan pasukan dari Universiti ternama seperti UMalaya, USM dan lain lain.

Bolasepak

Kami sekumpulan ahli sukan yang melepasi ujian masa larian 100m bawah 15 saat merupakan kumpulan ahli sukan yang dipanggil untuk membentuk pasukan bolasepak SMSJ 1974-75 U18. Pasukan kami tidak sehebat Pasukan U15 yang lebih lama dibentuk dan lebih lengkap. Namun Pasukan kami terus dapat peluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah sekolah sekitar Kluang dan beberapa daerah lain di Negeri Johor. Ia membina semangat berpasukan dan setiakawan di kalangan kami sehingga kini. Cikgu Yunus merupakan Guru Sukan yang pandai bermain psikologi untuk meningkatkan minat dan kemahiran kami melalui “punish & reward”. Sehingga kini ukhwah antara kami dengan Cikgu Yunos masih kekal. Semoga beliau diberikan kesihatan dan dilanjutkan usia pada tahun 2025 sudah menjangkau 76 tahun.

Minat dalam bolasepak diteruskan hanya sebagai penyokong kepada pasukan Harimau Malaya pada era 1978-82. Melihat pembangunan pasukan Olimpik 1980 dibentuk dari sebuah pasukan yang tidak ada harapan menjadikan Pasukan yang berjaya mengalahkan Pasukan Korea untuk berjaya ke Olimpik 1980 Moscow untuk kali kedua.

Bolakeranjang/ Basketball

Semasa awal tahun 1975, SMSJ telah bersetuju menyertai Sukan Antara Sekolah Berasrama Penuh di KL. Antara Sukan yang dipertandingkan ialah Bolakeranjang U18. Masa itu hanya ada 5 orang shj pelajar bangsa Cina. Maka Jurulatih Bolakerajang terus menjemput semua pemain bolasepak untuk menjalani sesi latihan bolakeranjang kerana SMSJ hanya akan menyertai Bolakeranjang U18 Lelaki. Sementara Pasukan Bolajaring U18 menyertai pertandingan untuk wanita.

Pengalaman bermain bolakerajang ini sangat menarik dan menjadi ingatan sehingga kini. Saya dimasukkan dalam perlawanan antara SMSJ vs SDAR. Pasukan paling kuat kerana diketuai oleh Zamri, pemain bolakeranjang Melayu dalam pasukan kebangsaan!!. Tentunya mustahil kami mengatasi SDAR. Tapi kejadian ajaib berlaku dimana, tanpa diduga “lontar dari tengah gelanggang” telah terus menerjah jaring untuk memberi 3 mata kepada SMSJ!!. Kekalahan yang telah diduga 104-24.

Sukan Dalam Perkhidmatan 1982-2018

Bermula dengan berkhidmat pada tahun 1982, kegiatan sukan hampir terhenti disebabkan kesibukan bertugas dan perkembangan keluarga bermula dengan perkhawinan pada 1983 dan kelahiran 4 cahaya mata dari 1985-1996.

Namun ada juga aktiviti sukan secara hobi dijalankan. Antaranya

Sepaktakraw

Bermain dengan rakan rakan kerja di Kampus Kuala Lumpur di sebelah petang di gelanggang terbuka takraw di Taman Tasik Titiwangsa. Ini sekitar 1986-1994

Squash

Sebenarnya permainan squash ini diperkenalkan semasa kuliah di UKM Jalan Pantai. Terdapat gelanggang squash di dalam kampus. Tapi tidak menarik minat kerana ianya tertutup menjadikan suhu agak tinggi. Namun terdapat gelanggang squash yang agak terbuka di Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa. Ia menarik minat untuk bermain dengan rakan rakan lain yang hadir. Ini sekitar 1992-1995

Tennis

Satu lagi sukan yang tidak digemari kerana dilabelkan sebagai “pemain pemungut bola”. Namun ada usaha cuba bermain di gelanggang tenis UKM Bangi semasa bertugas 1993-1996. Dan diteruskan bermain semasa berkursus di Okinawa Jepun.

Tenpin Bowling

Sejarah bermulanya bermain bowling berlaku semasa berkursus di Mito City Ibaraki Jepun. Kebetulan ada sesi pertandingan bowling di antara 20 peserta Hitech Group dengan keluarga angkat kami. Kebanyakan kami tidak pernah bermain bowling kerana bowling memerlukan kami ke gelanggang bowling yang terletak jauh dan juga perlu membeli peralatan jika ingin bermain secara serius. Kos peralatan bowling agak mahal sama taraf bermain golf.

Dalam sesi pertandingan itu saya telah mendapat bimbingan awal dari seorang bapa angkat yang mahir bermain bowling. Dengan tip yg diberi dan kekuatan tangan pada masa usia muda, ditakdirkan saya mencapai mata tertinggi dan menjadi Juara dikalangan peserta!! Dari situ timbul minat dan keinginan untuk terus bermain bowling. Sekembali dari Jepun, sekali lagi kami mengadakan Reunion di Mirama Bowling Jalan Maharajalela KL.

Minat ini diteruskan sehingga pada tahun 1996, sekali lagi saya ke Jepun. Kali ini ke Okinawa. Di sana juga ada sesi permainan bowling di kalangan 10 peserta dengan 4 Tenaga Pengajar kursus kami. Sekembali dari kursus di sana, saya telah mencadangkan ditubuhkan Kelab Bowling Staf UKM. Ia mendapat sambutan agak baik. Kami bermain di Arena Bowling di Kompleks Beli Belah BBBangi. Kelab Bowling Staf UKM ini terus berkembang selepas saya berpindah ke USIM. Dan ada di kalangan staf PTM UKM mengembangkan bakat sehingga melibatkan anak anak mereka. Tahniah kepada Radzwan Shariff yang memberikan galakan kepada ahli keluarga untuk bermain bowling secara lebih serius dan memenangi beberapa pertandingan.

Sukan Memanah

Siapa sangka, pada tahun 1996, Hj Khalis Md Salleh, Tim Pendaftar Akademik UKM yang juga pernah bersama sama di Kampus UKM Kuala Lumpur, mencadangkan penubuhan Kelab Sukan Memanah. Sebagai pengiat sukan saya menyokong idea ini, walaupon sebenarnya tidak mengetahui langsung permainan Sukan Memanah. Usaha Hj Khalis membentuk pasukan Sukan Memanah UKM menjadi titik sejarah yang patut dikenang. Beliau pada waktu ini telah bersara pada usia 76 tahun. Semoga Allah memberi keredhaan dan kesejahteraan kepada Hj Khalis.

Sukan Golf

Satu lagi sukan yang sangat mahal dan memakan masa untuk bersukan. Sukan ini sangat popular dikalangan penjawat awam dan ahli korporat. UKM telah membuka Pusat Rekreasi Danau UKM pada sekitar tahun 1990. Pernah ditawakan untuk menjadi ahli dengan Yuran Keahlian serendah RM500. Sekarang tentu nilai Yuran Keahlian Kelab Danau UKM telah meningkat berkali ganda. Namun saya memilih tidak menyertainya kerana kesibukan tugas. Rakan rakan sepejabat seperti Hj Sulaiman Jalil, Karim Che Kob, Shamsul Abdullah Thani sangat berminat dan bergiat dengan sukan Golf.

Namun semasa bertugas di USIM, Pusat Sukan USIM memberi peluang pelajar pelajar aliran agama untuk mengenali sukan Golf dengan kerjasama Nilai Spring Golf Club. Kebetulan ramai pensyarah USIM bermain golf. Maka tertubuh Kelab Golf Kakitangan USIM antara pelopor ialah Prof Emeritus Dr. Jalani Sukiman, Prof Dr. Karsono, Datuk Haizuan Razali, Dr Hammad Farhi, En Jasmin Jaimon, IR Daim Saian, En Hezan, En Md IShah dan ramai lagi. Ini membawa saya terlibat secara tidak sengaja oleh En Jasmin yang mempelawa saya berlatih di driving range Nilai Sprng cara asas bermain golf. Sehingga ada satu hari saya telah pergi ke Kelab Golf Ozana di Ayer Keroh untuk bermain buat pertama kali dan terakhir kali!! Yang pasti ianya satu permainan yang memerlukan fokus yang tinggi, membaca padang/green dan stamina yang kuat.

Acara Olahraga

Minat untuk menyertai acara balapan terkubur selepas tingkatan 5. Semasa sukan sekolah ada menyertai larian 400m dan 800m. Ianya disertai tanpa latihan. Begitu juga acara Melempar Cakera, Melontar Lembing, Lompat Jauh, Lontar Peluru. Pernah dilatih di SMSJ tapi tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Minat untuk menyertai larian jarak jauh seperti Mini Marathon, Half Marathon, Full Marathon ada tapi tidak berani kerana tidak ada latihan khusus. Namun semasa menyewa rumah di Putrajaya sekitar tahun 2005-2008, trek jogging di P8 ke P10 menjadi pilihan berjogging bersama anak-anak pada sebelah petang.

Sukan Berjalan Kaki

Pernah menyertai pertandingan Berjalan Kaki sempena Ulang tahun ke 15 tahun UKM pada tahun 1985. Pertandingan berjalan kaki 5km sekitar Kampus UKM Bangi. Mendapat tempat ke 23!!.

Sukan Mendaki Tangga/Towerthon

Telah menyertai KL Towerthon 2001 pada usia 43 tahun. Berjaya sampai ke puncak menara setinggi 42 tingkat dan mendapat sijil penyertaan dalam masa yang dibenarkan.

Pada tahun 2025 ini, tanggal 30 Ogos nanti, insyallah buat kali kedua akan menyertai sukan towerthon SkyRun Merdeka118 PNB sempena Hari Kemerdekaan & pembukaan Menara 118. Doakan berjaya sampai ke puncak dan mendapat medal penyertaan.