Pengalaman di Tanah Matahari Terbit
Sepanjang perkhidmatan dapat berpeluang 3 kali ke Jepun
- 1990 Program Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia-Jepun, JICA, Mito City, Ibaraki
- 1996 Program Kursus Teknikal : DP Manager Course: Mainframe, OIC Okinawa
- 2015 Program Eduroom Technical Workshop, NII, Tokyo
PROGRAM PERSAHABATAN ABAD KE 21 MALAYSIA JEPUN
Tiada siapa menyangka pada satu hari aku dapat menjejakkan kaki di Bumi Matahari Terbit, Jepun. Ianya bermula dalam tahun 1990. Dalam kesibukan tugas harian di pejabat, aku ada diminta oleh Bahagian Sumber Manusia memohon Latihan dalam Perkhidmatan di bawah Program Colombo. Pada awal Tahun 1990 aku dikunjungi oleh seorang Pegawai IT dari Vietnam yang mendapat tawaran Latihan dalam Perkhidmatan di Malaysia selama sebulan. Aku diberi tugas oleh JPA untuk membimbing beliau aspek pengurusan rekod pesakit di sebuah hospital. Ini kerana Fakulti Perubatan UKM telah menggunakan Sistem PCS/PM dalam pengurusan rekod pesakit di Ward dan 6 Poliklinik UKM di dalam Hospital Besar KL.
Jadi aku pon mengisi borang berkenaan dan menyerahkan kepada Bhg Sumber Manusia untuk dihantar ke JPA. Dalam sekitar bulan Feb 1990 akan dipanggil oleh Bhg Latihan JPA untuk menghadiri temuduga. Aku pon terus bergegas pergi ke Bhg Latihan JPA, di Bangunan Perkim KL. Selesai temuduga selang beberapa bulan, sekali lagi dipanggil melalui Surat Rasmi utk hadir Taklimat utk satu Program Persahabatan Malaysia-Jepun di bawah Unit Dasar Pandang Ke Timur (Look East Policy) yang telah bermula sejak tahun 1982 lagi.
Pendek Cerita, Aku terpilih bersama sama rombongan 20 peserta dalam kumpulan Hi-Technology Group untuk lawatan sebulan dalam bulan 20 Ogos-18 Sept 1990. Lebih terperanjat aku dipilih sebagai Ketua Kumpulan. Kami merancang untuk mengadakan Persembahan Kebudayaan, Pertunjukkan Permainan Sepak Takraw dan juga Pertukaran Belia di Kaki Gunung Fuji,
Sebagai Ketua Kumpulan aku mengadakan mesy dan menetapkan senarai Penyampai ucapan pada setiap Agensi yang kami lawati untuk lebih memberi peluang semua ahli rombongan menyampai ucapan dan menyerahkan “omiyagei”/cendermata kami kepada Wakil Agensi yang kami lawati.
Pengalaman pertama menaiki Kapal Terbang sangat menarik. Kami menaiki Pesawat JAL. Maka hidangan pilihan dalam penerbangan ada pilihan Japanese Breakfast. Aku memilih untuk cubanya. Ternyata ianya hanya sup taufu dan juga sushi yang dibaluti Sea Weed yang sangat asing buat aku. Terpaksa juga telan untuk mengalas perut.
Sesampai di Tokyo kami di bawa ke Hotel Metropolitan di Ikebukuro Cho. di tengah tengah kota Tokyo. Selesai taklimat rasmi pihah JICA sekitar jam 6.00 petang, kami semua bergegas naik ke bilik hotel dan berjanji utk jalan sekitar hotel. Aku, Mohandass, Kadir, Jamaludin, Ali, Hamzah, Arif, Haris, Shahrizan, Engku Azmi, Azman, Dr. Azman, Faisal, Izhar dan 6 wanita masing masing teruja untuk melihat keindahan kotaraya Tokyo.
Musim Panas di Tokyo, suhu mencecah 40darjah Celcius sangat panas!! Kami melintas stesyen JR Line mencari deretan kedai untuk Windows Shopping. Kami kehairanan kerana kelihatan pekerja pekerja sibuk menarik turun pintu kedai. Semakin jauh semakin banyak kedai ditutup. Melihat Jam di tangan sudah 6.55 petang. Rupanya waktu operasi peniagaan di kotaraya Tokyo pada masa itu 10.00pagi – 7.00mlm. Kami ketawa sesama sendiri dan mengambil keputusan balik semula ke bilik hotel.
Budaya Tepat Waktu di Jepun memang diamalkan dalam kehidupan. Tren JR Line akan mengikut jadual ditetapkan tidak lewa walau sesaat. Dalam taklimat pihak JICA telah mengingatkan peserta untuk sampai tepat pada waktu sekurang 5 minit lebih awal sebelum waktu bertolah 8.01 pagi. Maka terjadi beberapa kali Peserta dalam kumpulan Belia yang bersama kami tertinggal Bas kerana terlewat. Mereka akan terlepas untuk mengikuti program berkenaan.
KHEMAH BELIA DI KAKI GUNUNG FUJI
Kami telah diperkenalkan kepada sekumpulan belia Jepun semasa di Tokyo untuk memperkenalkan Tokyo kepada kami dalam kumpulan kecil 4 orang. Aku berpeluang melawat Taman Ueno, Jalan di Sihbuya, Akihibara dan Asakusa. Waktu Makan kami singgah makan di restoran Jepun. Aku memilih menu selamat Nasi + Unagi. Unagi adalah Belot, Sepanjang umur di Malaysia aku tidak pernah makan Belot. Tapi itulah pilih paling selamat yang ada dalam menu.
Kemudian kami semua menaiki Bas dalam kumpulan 30 orang belia menuju ke Kaki Gunung Fuji. Sesampai di sana, waktu senja. Unggu Api sudah tersedia. Suhu menurun ke paras 15 darjah agak sejuk. Kami mengadakan perbincangan dalam kumpulan dan menari dalam lingkaran Ungun Api. Aku masih ingat sahabat dari Jepun memperkenalkan minuman Teh Hijau dalam bilik tidor kami. Mereka menyediakan mengikut adat tradisi Jepun. Kami diajar cara mengambil dan memegang cawan. Perlu memusingkan cawan 3 kali sebelum minum air Teh Hijau yang sangat pekat. Kesannya perut menjadi kembong angin. Keesokan hari, jadual kami menurun Gunung Fuji menuju ke Mito City 120km jarak nya dari Tokyo. Dalam perjalanan keadaan badan akan semakin seram sejuk dan kepanasan.
JATUH SAKIT DI MITO CITY, IBRAKI
Setiba di Bangunan Kelab Belia Ibraki kami ditempatkan di bilik asrama berkonsepkan ala Jepun yang hanya menggunakan Tatami sebagai alat tilam dan Bantal Kayu sebagai alas kepala. Keadaan aku semakin tidak menentu. Tiba tiba aku tidak dapat menahan tekanan dalam perut yang mengelodak. dan termuntah. Aku di bawa ke Hospital berdekatan untuk menerima rawatan. Maka aku berpeluang secara tidak sengaja untuk melihat sistem perkhidmatan kesihatan jepun yang sangat sistematik dengan teknologi terkini. Walaupun sebuah Hospital Daerah yang kecil. Aku didaftarkan dan diberikan kad pesakit dalam bentuk kad plastik. selama lebih 5 jam aku berehat di katil dalam ward di bahagian kecemasan. Kemudian diberikan ubatan yang perlu dan dibenarkan pulang. Aku diberikan Cuti Rehat 2 hari. Maka aku terlepas peluang untuk melawat Bandar Hitachi pada hari ke esokkannya.
Aku terus dipindahkan ke bilik hotel berdekatan. Diberikan menu makanan hotel yang mirip nasi goreng dengan ikan goreng. Sebenarnya Jepun juga ada menu mirip mirip masakan di Malaysia seperti kueh kuaci yang dipanggil mochi. Siapa meniru siapa ? Adakah mereka bawa balik menu ini semasa Jepun dtg ke Tanah Melayu semasa perang dunia kedua.
MELAWAT REKTOR NUKLEAR TEPCO SENDAI YANG DIBADAI TSUNAMI 2011
Setelah itu aku mengikuti program hari berikut seperti biasa, sempat melawat ke Kilang Kaca Ashi Glass yang dikatakan mengeluarkan 60% keperluan dunia dengan tenaga kerja 600 orang pekerja sahaja dengan menggunakan teknologi pengeluaran secara automatik dan robotik.
Kami juga di bawa ke Pusat Tenaga Nuklear TEPCO SENDAI yang menjana tenaga elektrik menggunakan urunium. Kami dibawah turun ke paras paling bawah leve B5 di mana proses penguraian urnaimum berlaku. Pusat Tenaga Nuklear Sendai ini lah yang kemudian dihetam oleh Gegaran Gempa Bumi 9.0 Richter dan Tsunami terbesar pada 2011 yang mengakibatkan anggaran kematian lebih 100,000 orang.
HOMESTAY DI RUMAH ABANG ANGKAT MASABUMI SAN
Selepas itu kami juga dibawa ke program bermalam 3h2m di rumah keluarga Angkat. Aku ditempatkan di rumah Masabumi San dengan keluarganya Mrs. Masumi, Ibunya, dan 3 Anaknya. Masabumi San merupakan seorang pengusaha Sekolah Bahasa Inggeris. Maka perhubungan kami agak mudah kerana Isteri dan Anak-anaknya juga faham berbahasa Inggeris.
Aku telah menyediakan beberapa jawapan yang mungkin akan ditanya oleh masyarakat Jepun. Pertama apa itu Islam? Apa Cara Ibadah orang Islam ? Apa itu Puasa ? dan Juga mengenai isu Poligami berkahwin 4 di kalangan orang Islam.
Disamping itu aku membawa satu buku Nyanjian Tan Sri P.Ramlee untuk aku hadiahkan kepada Ryiko anak perempuan Sulong Masabumi San. Juga ada bawa peta pelancongn Malaysia dengan gambar gambar tempat pelancongan yang menarik.
Di waktu malam aku minta Izin Masabumi San untuk aku berikan sikit penerangan kepada murid murid sekolah yang datang belajar pada malam itu. Mereka minat mendengar mengenai Malaysia. Kebetulan ada piano dan Ryiko boleh bermain piano. Aku mengajar lagu RASA SAYANG kepada mereka. Walaupon ada yang kata itu adalah asal dari daerah seberang sebelum Merdeka lagi. Aku anggap kita Org Melayu Serumpun dengan rakan kita di negara Seberang. Famili Aku sendiri ada darah persaudaraan di kepulauan Riau.
Selebihnya malam itu, di bhg belakang buku lagi Tan Sri P.Ramlee ada nota beberapa lagu Evegreen P.Ramlee, Ryiko cuba bermain piano menggunakan nota yang ada dalam buku tersebut.
CARA ORANG MEMANDU DI JALANRAYA
Keesokkannya aku dibawa oleh Masabumi san ke Acara Sukan Tahunan Sekolah Anaknya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah. Aku sempat melihat kemeriahan Hari Sukan Sekolah di Jepun. Selesai Hari Sukan, aku di bawa ke satu kawasan peranginan disebuah sungai yang agak jauh. Kami menaiki kereta. Pengalaman melihat orang Jepun memandu kereta sangat unik. Mereka sangat cermat dan mengikut undang undang jalan raya. Hampir setiap simpang, jika ada kenderaan menanti untuk masuk ke jalan, mereka akan berhenti dan memberi laluan kepada kenderaan berkenaan untuk masuk ke jalanan. Maka sepajang perjalanan kerap kereta Masabumi San akan berhenti untuk beri laluan pemandu lain masuki simpang.
BUDAYA MANDI MALAM “UFURO”
Kami melihat budaya masyarakat Jepun yang menjaga masa. Mengikut amalan, 9.45 malam merupakan waktu paling akhir tetamu akan berada di rumah yang dikunjungi. Mereka akan mula beredar pulang sekitar 9.30mlm. Ini disebabkan Orang Jepun akan mandi malam /Ufor pada jam 9.45 mlm sebelum tidor. Dulu mereka akan berkongsi “kolam mandi air panas dengan anak anak” mungkin untuk menjimatkan masa dan kos penyediaan air panas yang agak mahal pada masa dulu menggunakan bahan api dari kayu,
BELAJAR MAIN BOWLING DI MITO CITY
Pada keesokannya hari ketiga kami dibawa ke acara bermain bowling. Sebenarnya kebanyakan kami tidak pernah bermain bowling di Malaysia. Ini kerana bowling masih baru di Malaysia, Bowling Allay tidak banyak dan kos utk bermain agak mahal juga. Jadi itu merupakan pengalaman pertama kami bermain bowling. Kami diberikan taklimat cara bermain bowling yang asas untuk mendapat STRIKES!! Nak jadi sejarah aku berjaya dapat 4 STRIKES dan jumlah mata tertinggi. Menjadi Juara dikalangan 20 Peserta kumpulan Hi-Tech Group.
HADIAH KENANGAN KEPADA ABANG ANGKAT
Petangnya kami kembali semula ke hotel untuk meneruskan program lawatan kami sekitar Mito City. dan akhirnya Majlis Perpisahan antara belia Ibaraki diadakan. Aku menyerahkan satu persalinan baju Melayu kepada Abang Angkat aku Masabumi San. Aku difahamkan dia sangat menghargai pemberian itu dan selalu memakai pakaian lengkap baju Melayu dengan Songkok bila menghadiri majlis bersama JICA sehingga baju tersebut “reput dimakan usia” semasa lawatan kedua aku ke rumah Masabumi San pada tahun 1996.
Sekembali ke Tokyo kami di bawa lawatan ke Galeri Pamiran Produk National Panasonic. Salah satu teknologi yang dipamirkan ialah “Smart Home” sangat kehadapan. mengawal lampu, pintu, kipas dan peralatan elektrik di dalam rumah. Kami ditunjukkan teknologi High Definition LCD Screen yang bersaiz 40×40 kaki dalam satu teather.
LAWATAN KE OKOYAMA, KYOTO , OSAKA, HIROSHIMA
Program Lawatan berikutnya ialah melawati 4 bandar di selatan Tokyo Okoyama, Kyoto, Osaka, Hiroshima menaiki Shinkansen/Bullet Train yang paling laju pada masa itu boleh mencecah 300kmj.
Kami bergerak ke Okoyama untuk melihat Jambatan terpanjang didunia merentasi lautan. Kami meneruskan ke Kyoto bandar yang bersejarah pernah menjadi ibukota Jepun. Bermalam di Kyoto yang pernah menjadi ibu negara Jepun. Bandar yang bercirikan tradisional Jepun. Banyak bangunan lama. Kami di bawa ke GION untuk menonton persembahan “Tarian Pepatung” dan mencuba membuat “print art”.
Pada malam hari kami berjalan dalam kumpulan untuk meninjau sekitar bandar Kyoto. Suhu turun ke paras 15darjah pada waktu musim panas. Tak banyak aktiviti waktu malam di sekitar bandar Kyoto. Keadaan sangat nyaman.
Hari Berikutnya kami bergerak ke OSAKA untuk melawat “OSAKA FLOWER EXHIBTION” satu pameran bunga dari seluruh dunia. Sangat luas kawasan pameran. Satu kejadian lucu, bila saya sangka “pengawal” yang berdiri tegak bertubuh tegap & tinggi sebuah patong. Bila disentu hidung, tiba tiba dia bergerak.
Sebelah petang kami terus bergerak ke HIROSHIMA bandar bersejarah yang melihat kemusnahan akibat Bomb Atom yang digugurkan oleh Tentera Amerika pada 9 Ogos 1945. Keesokannya kami melawati “PEACE DOME” lokasi di mana Bomb Atom dijatuhkan. Sejarah merekodkan terdapat seorang mahasiswa dari Tanah Melayu terselamat dalam kejadian tersebut. Beliau ialah SENSEI Haji Abdul Razak!! Yang kebetulan merupakan guru bahasa Jepun kami!! Sebenarnya ada seorang lagi rakan beliau dari Brunei Darul Salam juga terselamat. Setiap 9 Ogos … Haji Abdul Razak akan dijemput menghadiri upacara peringatan Pengeboman Hiroshima sehingga beliau meninggal dunia sekitar tahun 2020. Dan anak beliau Tan Sri Dr. Zulkefli Abd Razak pula menyambung usaha diplomatik beliau.