Pulang Beraya dari Pudu Raya
Ada 3 Pengalaman Pulang Beraya dari Pudu Raya ke Johor Bahru semasa zaman Bujang
No. 1 Naik Tren KTM Senandung Malam
Biasa terjadi Peperiksaan Akhir Semester jatuh pada musim Hari Raya. Pernah terpaksa balik menggunakan Tiket Kelas 3, Senandung Malam pada 2 hari sebelum 1 Syawal.
Yang pasti Tiket Kelas 3 dijual tanpa no tempat duduk. Maka bersedialah berdiri atau duduk di lorong lorong pejalan kaki antara gerabak. Perjalanan bermula jam 8.00 mlm terasa sangat panjang melalui Stesyen Kajang, Seremban, Tampin, Gemas, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Baharu.
Bau Asap Enjin Diesel Keretapi memeningkan kepala. Asap akan melekat di kulit muka dan tangan menjadi badan seram sejuk dengan peluh, melekit lekit.
No. 2 Bas Mara Rosak di Malam 1 Syawal
Pengalaman kedua ini lebih menyeksa kerana, perjalanan betul betul pada malam raya. Tiket jam 10.30 pagi dari Pudu Raya KL tidak kunjung tiba. Jam 2.00 ptg baru bas ganti sampai di Pudu Raya. Bas yang tiba pon nampak uzur, terpaksa naik dan berdoa agar sampai ikut waktu sebelum subuh di Johor Bahru.
Bas meluncur pelahan keluar kota raya ke Lebuh Raya Plus menunju ke Melaka. Bunyi enjin dan bau diesel menerpa masuk ke lubang telinga dan lubang hidung hingga tidak boleh tido. Jam 7.00 mlm baru sampai di Melaka. Enjin Bas kepanasan. Sekali Lagi Bas Ganti sampai. Jam 10.00mlm memulakan perjalanan menjuju ke Muar dan Berhenti di Batu Pahat. Sekali Lagi Bas Ganti Rosak. Jam menujukkn jam 1.00 pagi.
Jam 3.00 pagi Bas Ganti yang baru mula bergerak dari B.Pahat ke Johor Bahru. Bergerak pelahan menuju destinasi akhir. Sampai jam 7.00 pagi Raya , 1 syawal.
No. 3 Naik Bas Sambung Kejar Keretapi Sinaran Pagi
Pengalaman ketiga agak lucu kerana tidak sempat tempah tiket Bas Ekspress dan tiket KTM Sinaran Pagi juga kehabisan. Ambil Keputusan ke Pudu Raya beli tiket Bas SKS ke Seremban. Keadaan Pudu Raya sesak dengan orang ramai yang nak balik ke Seremban. Terpaksa naik dari Pintu Belakang.
Sesampai di Stesyen Seremban, bergegas beli Tiket Bas ke Tampin. Pon Ramai yang nak balik ke Tampin. Terpaksa bergayut di pintu masuk sepanjang jalan menuju ke Tampin. Sampai Tampin beli Tiket Bas menuju Gemas. Keadaan tidak sesak. Dapat tempat duduk sehingga ke Bandar Gemas.
Beli Tiket KTM Gemas – Johor Bahru. Jam 3 ptg dapat naik gerabak kelas tiga KTM ke Johor Baharu