1967-1968 – Zaman Keceriaan

Kawasan Penempatan Rumah kami di Tanah Kerajaan semakin sesak dengan rumah rumah sewa yang dibina bermula sejak 1964 lagi bagi menampung keperluan perajurit Askar Melayu DiRaja Kem Majidee yang bertugas mengawal keamanan negara pada Zaman Darurat Ganyang Malaysia 1964-65 antara Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan Negeri sangat Perihatin dengan masalah penampatan “setinggan” yang tumbuh dengan banyak. Pada awal 1967 rumah setinggan telah dibanci dan dijanjikan sebuah tapak tanah berdekatan untuk bina rumah. Nama Ibu didaftarkan sebagai pemohon. Maka rumah di lurah yang dibina sejak 1964 telah dirobohkan pada akhir 1966. Berpindah kami ke rumah kongsi Kelab Boyan di sebelah Masjid Wadi Hana Johor Bahru.

Awal Persekolahan 1967 saya menggunakan jalan landasan keretapi dari Wadi Hana ke Sek Rendah Kebun Teh bersama Abang Jaafar dan rakan yang lain.

Jan 1967 Kebetulan Hj Kassim telah bersara dan pindah ke kampung halaman. Maka rumah 100 Jalan Bunga Raya Besar kami duduki selepas berpindah sementara ke Kg Wadi Hana utk 3 bulan. Rupanya tujuan menyewa adalah untuk Majlis Perkahwinan Kakak Tiri saya Kalthum bin Ibrahim yang saya tidak pernah kenal sebelum ini.

Kak Som telah bertunang dengan Abang Wahid seorang Tentera Laut KD Malay di Sembawang Spore. Merancang untuk menikah pada bulan Oktober 1967.

Pada bulan Nov 1967, selepas majlis perkahwinan, ayah telah mengumpul sedikit modal utk memulakan bisnes yang tidak pernah orng Melayu buat iaitu menjaja ikan basah yang diambil dari pasar besar di bawa menaiki basikal ke kg Majidee. Maka mulalah ayah dikenali sebagai Pak Yem Penjual Ikan.

Bermula dengan modal RM50 ringgit dengan sebuah Tong untuk diisi bekalan ikan dan sayur kemudian bertukar kepada sebuah motosikal pada tahun 1968. Pada tahun 1968 kami telah berpindah ke rumah no 90 di jalan yang sama milik Pak Ali Khan. Tinggal kami di rumah ini untuk satu tahun 3 bulan sehingga rumah yang sedang dibina di tapak tanh kurnia kerajaan dapat disiapkan.

Di Rumah No 90 ini, banyak juga peristiwa berlaku. Kehidupan kanak kanak semakin meriah dengan sekumpulan anak anak yang meningkat usia 10 tahun dengan pelbagai permainan kanak-kanak dari gasing, belon acah, kunda kundi, lawan spider,kumpul buah saga, kumpul kotak rokok, getah gundi dan Police Sentri. Malah Pesta Motor Tong dan Kumpulan Gitar Tong pon ada.

Motor Tong adalah kesan dari Siri Grand Prix Johor yang diadakan sejak 1960 lagi sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor. Manakala Gitar Tong adalah ikutan anak anak muda usia 15 tahun yang belum mampu beli sebuah gitar elektrik Kumpulan Band Pop Ye Yeh seperti The Singlap Boys dan Orkes Nirwana.

Sukan Badminton, Sepak Takraw dan Bola Sepak adalah sangat dimintai oleh orang muda. Terdapat banyak Gelanggang Badminton yang berlampu utk bermain waktu malam yang tidak banyak gangguan angin, manakala waktu siang diguna sebagai gelanggang sepak takraw. Padang Bola Sepak dengan terhad hanya di depan Balai Raya sahaja pada waktu itu.

Kehidupan zaman kanak-kanak tidak pernah fikirkan ketakutan. Di belakang kawasan kebun tapak rumah setinggan kami dulu memang ada alur sungai menuju ke Sungai Kangkar Teberau yang besar.

Menjadi Pesta Mengambil Kepah, Kijing, Kupang, Lokan dan pelbagai hasil sungai.

Ada kejadian di mana saya dan arwah abang Jaafar telah turun ke alur sungai untuk ke benteng pasir tempat biasa orang kampung berkumpul ambil kepah dan kijing. Tapi pada hari kejadian kami berdua berjalan seorlah dipanggil panggil. Sampai sahaj di muara alor sungai air semakin naik ke paras dada. Dalam masa 5 minit telah sampai paras leher. Allah Maha Kaya di hantar Pak Karim dengan sampan telah memarahi kami kerana turun ke sungai waktu air pasang. Maka kami diselamatkan oleh Pak Karim yang datang nak memasang rawainya.

1968 juga adalah era Pop Yeh Yeh meletop. Di Kg Majidee terdapat beberapa penyanyi Pop Yeh Yeh seperti A. Rahman Onn, S. Marima, J Kamisah dan M.Said. Ada Pesta Ria anjuran Persatuan Pemuda Kg Majidee sangat meriah di Balai Raya.

Juga Majlis Pernikahan Abg Alias, Anak Mak Nah Birut, Depan rumah No 90, seorang Pemain Bass Orkes Nirwana yang terkenal pada era itu.